Latar belakang Perang_Uthmaniyah–Venezia_(1714–1718)

Maklumat lanjut : Perang Morea

Dalam Perang Turki Besar (1684–1699), Empayar Uthmaniyah telah dipaksa melepaskan beberapa pegangan wilayah kepada Austria dan Venice, termasuk Semenanjung Morea. Uthmaniyah berciti-cita tinggi untuk membalikkan kekalahan ini, dan Venice, yang merupakan paling lemah antara keduanya, dipilih menjadi sasaran pertama. Masanya tiba pada tahun 1714: Uthmaniyah baru sahaja berjaya dalam konflik dengan Rusia, dan Austria telah terbabit dalam Perang Pewarisan Sepanyol.